Wednesday 29 May 2013

hasil seni :)

Assalamualaikum :')

Untuk beberapa tempoh saya diam membisu, telah saya hasilkan beberapa karya seni meluahkan apa yang terbuku dihati ... sedih , marah , gembira , kagum ... semua perasaan dapat dihasilkan melalui kerja seni, bergantung pada minat, cita-cita, hobi dan keinginan seseorang ... lain orang lain seninya, lain orang lain merapunye .. ekekeke mcm saya sekarang ni ... hewhewhew :'D

inilah hasil seni dari orang yang konon-konon seninya ~


 ni die, time tuh tengah feeling-feeling gadis melayu terakhir, huhu~ 
mcm ni la hasilnye..


yg ni pulak, time tu terase nk lukis budak kecik comel, imagine die bukan main hebat lagi, bercahaya-cahaya dlm otak time tu, tp hasil die cenggini je, hmm boleh la...


yg ni kisahnya lepas tengok citer sailormoon, dia lukis lelaki dia mcm cantik, yg perempuan mcm lelaki jambu ... haha x phm apa niat die sebenar, tp sy kagum jugak ...


Ini hasil nya setelah menggunakan paint tool sai, tujuan nya mmg utk sy belajar mewarna menggunakan software ni, sbbnya mmg sy baru belajar :D huhu


Ni pulak sume atas pengaruh adik sy yg nak exam seni time tu, mak ayah & sy malam tu bertungkus lumus ajar adik menggunakan water colour, padahal sy bkn reti sngt pun gunanya, poyo je lebih .. haha .. lepas adik abis exam terus amik water colour die, dan berjimba-jimba lah sy menghasilkan lukisan yg pertama menggunakn water colour ni ...

itulah dia kisah sy yg mula mengembalikan hobi terulung saya, melukis-lukis bila-bila masa dan dimana jua...

harap dpt buat sesuatu yg lebih baik & manfaat lagi (==') (' ',)

daa~



Monday 20 May 2013

Hangout

Assalamualaikum w.b.t

Setelah sekian lama duduk dirumah menghabiskan masa dengan berusaha melakukan sesuatu yang kadang-kadang berfaedah yang kadang-kadang tak nampak faedahnya, antaranya ulang semula citer anime sailormoon dari episod first ke akhirnya, melukis-lukis tanpa arah tujuan jelas, akhirnya tercapai jugak cita-cita aku yang kecil tapi besar ingin berjumpa sahabat baik ketika belajar di kolej dulu. 

Kitorang mmg dah kenal sejak sem 1 lagi, jadi antara kami tiada lagi segan silu mengata berdepan, mengejek, buat perangai pelik, buat muka hodoh .. semuanya dibalas dengan gelak ketawa .. walaubagaimanapun kami tetap menyokong antara satu sama lain. Antara isu yang dibangkitkan untuk perjumpaan kali ini ialah perkahwinan. Haish malas betul aku.

Bukan apa dorang ni pandai menakut-nakutkan aku, disebabkan kawan-kawan baik aku ada yang dah berkahwin siap bunting lagi, ada juga yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Mereka terus menerjah-nerjah soalan yang aku mmg tiada jawapan. Terus aku nak menterbalikkan soalan kepada mereka, 
" korang tu? !! " .. dengan serentak semua jawab " kitorang lelaki ! " (dengan buat muka bangga sambil senyum). Tersengih aku disitu.

woowooo tak tau aq nak jawab apa .. (--')

huhu ni aku selitkan gamba kami, yang hok jate ni la yang buli aku .. sobsobsob


Dari Kiri : Zain, D.I, Munir, Zikri, Aku, Myza.

Wednesday 1 May 2013

artwork by paint tool sai

Assalamualaikum ...

Selepas berasa kagum dgn kesenian mereka-mereka yg mempersembahkan kesenian mereka dalam speed paint di u-tube, maka saya pun tersikit tercabar & terkeluar semangat berkobar-kobar didada yg dipendam-pendam sejak dulu. Dengan semangat dan minat yg cenggitu-cenggitu je, saya pun cubalah melakar lukisan menggunakan software yg mereka-mereka gunakan, dan inilah hasilnya .. masih banyak yg perlu dibaiki, itupan main letak je bayang, kilau bagai .. satu je baru lukisan nye :)


macam biasa software menggunakan paint tool sai + photoscape untuk tulisan dan line tepi je .