Monday 25 March 2013

Favourite Anime

Assalamualaikum w.b.t

          Haish , tak sabar-sabar pulak saya nak tengok cerita anime Naruto , bukan apa tuan-tuan , puan-puan , cek mek sekalian .. semuanya start sejak saya diberi anugerah cuti berehat selama 6 bulan dkt rumah disebabkan excident . Hah inilah dia salah satu aktiviti harian saya , sampai berdesing telinga kena bebel dgn mak sebab asyik mengadap computer je .. ye lah nak buat apakan , nak buat keje lebih-lebih pon tak boleh .. buku Ramlee Awang Murshid habis dah saya baca sampai tepu otak . Itu yang terlintas dikepala otak nak tengok cerita anime yang selalu saya skip-skip dulu disebabkan sibuk . Antara cerita yang saya tengok Naruto , One Piece , Sailormoon dan Meteor Garden . Macam nak rak saya tengok setiap cerita dari first episod sampai la yang terbaru , lagi setiap cerita tuh dah lah sampai beratus-ratus episod . Memang la siang malam bersambung-sambung saya tengok . Huh ! tak lupa juga bebelan kasih sayang mak .. ehehehe 

          Nak diikutkan kalau sebagai perempuan normal mana dorang nak layan kartun-kartun nih , ye lah dah besar katanya , tak matured tengok-tengok kartun nih . Katanya lah .. haha tapi saya ada sebab sendiri kenapa saya minat sangat kartun anime manga nih . First sekali disebabkan pengaruh adik beradik , dari kakak abang adik . Then disebabkan adik-beradik saya sangat berbakat dalam bab lukisan/seni nih , anime manga selalu menjadi rujukan , kami memang minat melukis sejak kecik . Kakak pandai kalau bab-bab potret , abang pula kalau lukis lelaki otot-otot , robot atau pun kenderaan mmg cantik bagi saya . Saya pula lukis manga anime perempuan or lelaki jambu . ehhehehe nak jambu je kan ! (tamparan kucing) 

          Lagi memang kami tengok cerita kartun tuh dari kecik , disebabkan time kecik saya tak berapa faham jalan cerita tuh , tuh yang tiba-tiba saya teringat dan terfikir apa yang syok sangat saya tengok time kecik dulu . Tu yang ulang tayang semula .. uhuhu ..

          Dan dalam banyak-banyak cerita tuh sekarang ni Naruto lah yang paling melekat dalam diri saya . Best sangat , tak tau nak describe dengan sebetulnya . Dalam setiap cerita dia , ada maksud die tersendiri . Mengenai kehidupan sekeliling , persahabatan , cinta , pengorbanan ,usaha gigih dalam mencapai cita-cita , lagi cara dia mengatasi sikap orang negetif dikeliling dia . Semua message yang nak disampaikan ada kena mengena dengan kehidupan seharian kita . Memang saya sangat teruja tengok cerita nih . 

          Tiba-tiba terfikir kan bagus kalau saya dapat hasilkan sebuah cerita yang sangat bermakna , penuh perkara tersirat dan baik untuk dimanfaatkan oleh ramai orang . (Berangan dah) 

Hehe orite dah lah kome , tengok je lah gambo-gambo kat bawah nih ..



One Piece All wanted !! cerita ni kisah mengenai zaman pirate , sangat kelakar , kalau baca komik die selalu gelak sorang-sorang , setiap crew dia ada je perangai pelik-pelik .


Sailormoon , tipu kalau korang tak tau . Impian masa kecil . Ehehe . Lukisan dia sangat cantik !


Ni lah dia Naruto , sejak tengok ni semangat nak belajar seni pertahankan diri saya berkobar-kobar .
Kalau nak tengok cerita yang paling latest boleh tengok  kat sini --> Narutoget .

Bawah ni one of my favourite song from Naruto - Wind



Ni pulak cerita favourite saya time belajar dulu , korang mesti penah dangar atau tengok cerita Meteor Garden versi Taiwan , Jepun dan Korea . Semua cerita ni berasaskan sebuah manga Meteor Garden dari jepun . Memang first saya tau cerita ni pun melalui mangga , kalau tak silap saya dia ada dikeluarkan dalam versi bahasa melayu dalam majalah Kreko . Dan suka jugak dengan lukisan dia .



Niesahanif





Blog2 kuh


Entah apa saya merepek menguruskan bnyak blog dalam satu masa , setiap satu punya identiti sendiri , Dibuat pada waktu berlainan , dengan tujuan berlainan mengikut mood suka-suka saya , tak hairanlah ada blog yang tak bukak dari tahun 2011 lagi , hello3 rakan-rakan ingatkan saya sekarang dah pun 2013 .. selalu ketuk kepala kucing , kali ni biar kucing ketuk kepala saya ,biar bergegor otak kelu tuh .. Mioww !! kucing pun teriak kat telinga saya .. 

O.k Assalamualaikum :D


dorang ni tengah ketuk kepala sendiri apa ?!!

Wednesday 13 March 2013

Sembuh . Alhamdulillah .

Pejam celik pejam celik sekejap je 6 bulan untuk proses penyembuhan aq dah pun berlalu ..

guess what ?! aq dah pon dah boleh berjalan macam biasa tanpa gunakan tongkat. ALHAMDULILLAH. Happy sangat, time Doktor ckp y dah boleh jalan tanpa gunakan tongkat terus je aq sengih melebar .. ehhehe .. ye la korang paham tak perasaan aq time tuh .. mungkin y dah berpengalaman mcm aq mesti sangat memahami . hehe .

Sebenarnya takdelah leceh sangat pakai tongkat pon, sebab dah biasa, dah mcm kaki ke tiga  aq dah (bayangkan) , tapi bila gunakan tongkat masih ada batasan dia , ada juga benda-benda yang tak boleh dibuat bila gunakan tongkat . Itu sebab aq happy bebenor . Walaweyh . <--- ahhaha melebih pulak

Tapi lepas je aq cuba berjalan tanpa gunakan tongkat, tiba-tiba rasa susah pulak nak tinggalkn tongkat. Mana tak nya, aq asik terlupa je kejap-kejap aq amik tongkat. Mula-mula tuh aq still kehulur kehilir dalam rumah pakai tongkat . Sampai mak ayah aq tegur . haha . yang kelakarnya ada sekali tuh, aq masuk toilet, nak keluar je tiba-tiba aq nampak tongkat, sampaikan aq blur-blur, masa bila pulak aq pegang tongkat nih, abih takkan adik aq bawak jalan-jalan pulak kan .. ekeke . Itulah peristiwa manis aq bersama tongkat yang berjasa  :D

Tamatlah peristiwa bersama tongkat . 

Orite happy-happy selalu ea , setiap peristiwa yang berlaku menjadikan kita lebih selangkah kehadapan , yang pentng sentiasa tabah & sabar . Walau sakit mana pun jangan lupa sentiasa tersenyum , senyum mampu mengubat hati kita dan juga hati orang y melihatnya . Dan yang paling super penting sentiasa ingat Allah s.w.t , walau apapun yang berlaku jangan ditinggalkan perkara-perkara wajib . Perjaya dalam diri ini semua ujian dan sementara je , setiap yang berlaku pasti ada hikmah  :)