Friday 22 August 2014

Kelas Website Murah

Pernah tak kamu terfikir untuk lebih serius belajar mengenai website? Selama ni memang hanya suka-suka main blog, update sana sini. Orang buat macam ni macam tu, kita pun tiru, bila tanya tips dia pun sebenarnya tak paham apa dia buat atau mungkin dia terangkan kita yang tak berapa paham. Lagi-lagi yang langsung takde basic IT ni atau yang baru berjinak-jinak dengan blog/website.

Tapi lepas tu pula tengok kawan-kawan sambil berblogger sambil buat income. Tengok dia masyuk je kan, tapi cuba kalau kita sendiri pula buat, apa pun tak jadi. Bukan takat tak jual barang, orang nak lawat blog pun takde. Aduiii sedihnya macam tu kan, padahal kita dah cuba macam-macam yang orang bagi tips, tapi masih tak jadi dan tak paham kenapa. 

Sudah tentu untuk berjaya kita kenalah menimba ilmu bukan. Oleh itu, di sini saya nak mengenalkan sebuah website yang sangat berinformasi dan padat iaitu Le Harmonie Studio, owner dia yang di kenali sebagai Wan Syafiq sangatlah tidak kedekut ilmu, bagi tips yang sangat jelas dan siap menyediakan platform mudah untuk sesiapa sahaja belajar website. Paling penting percuma pulak tuh, mana nak cari.

Le Harmonie studio, bukan sahaja menyediakan cara-cara untuk buat website dari permulaan asas. Tetapi, turut menyediakan cara-cara menaikkan rating SEO yang mudah, dan juga cara-cara mengambil/mengedit atau meletakkan gambar-gambar yang akan menjadi salah satu daya tarikan sesebuah website.

Untuk pengetahuan kamu, biasanya untuk menghadiri kelas-kelas website boleh mencecah sehingga ribu-ribu ringgit, itupun tidak tentu lengkap pengisiannya, duit habis ilmu kemana, rugi dan tak best sangat macam tu kan. Sangat tidak berbaloi.

Tetapi, di Le Harmonie Studio pula, sebelum masuk ke kelas, kamu semua boleh study dulu segala tips yang telah disediakan di website owner, supaya nanti bila masuk kelas takdelah terkejut atau blurr-blurr pulak nanti kan. Yang penting harganya sangat berpatutan, domain name, platform semua disediakan. Boleh buat website berniaga atau syarikat dan sebagainya, mengikut kehendak pengguna.

Di sini Le Harmonie Studio menawarkan bagi yang berminat untuk belajar dan buat website sendiri atau menaikkan rating website yang sedia ada, boleh lah menghadiri kelas-kelas yang akan bermula pada bulan september ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kelas, boleh email ke mijie.ai@gmail.com atau wassup ke 0182294161 atau boleh terus bertanya kepada En. Wan Syafiq, segala maklumat boleh dijumpai di website Le Harmonie Studio.

Assalamualaikum,
& Salam Sejahtera.








santai

Bulan-bulan yang sangat-sangat la sibuk, terlalu banyak cerita-cerita, teringin jugak nak update cerita. Tapi-tapi dengan keadaan yang sibuk, penat, laptop kasi adik pinjam, terpaksa la pendam dulu .. -.- 

Melukis?! lagi lah .. lamanya tinggal .. sebulan je kot ! tapi terasa lama .. adoii ~~

Tapi best nya .. banyak yang best !! haha 

o.k nanti pelan-pelan update (^^)

nak selesaikan mana perlu dulu ye, 

Salam,

SYS