Thursday 8 October 2015

Mesin Jahit Percuma

Biar betul, nak gempak jer tajuk kan...saja la tuh, nak tarik perhatian, betul ke tak tu..ekh ekh ekh konon-konon la kan..siyes tak tipu, alhamdulillah nisa dah dapat da pun..

sebelum tu Assalamualaikum,

Betul ke nisa ni, mesin jahit bukan murah ooo...ribu riban harga, lagi-lagi mesin jahit industri. Yup, nisa tak tipu bukan 1 mesin je nisa dapat, barang-barang jahitan lain pun nisa dapat juga. Macam mana dapat? semuanya bermula lepas nisa masuk Giatmara <-- pos lepas pasal giatmara

Macam yang nisa cakap dalam pos giatmara , ada program inkubator selepas 6 bulan menghadiri kursus giatmara, untuk masuk program inkubator pelajar perlu hadiri kursus PUTEK yang diadakan selama 10 hari,  sepanjang kursus PUTEK atau Program Usahawan Teknikal , pelajar akan didedahkan dengan keperluan-keperluan asas sebagai usahawan, pelajar akan dibimbing untuk membuat RP atau Rancangan Perniagaan yang sebenar.

Dengan menghadiri kursus PUTEK, setiap pelajar akan diberi RM10,000 oleh giatmara. RM5,000 akan digunakan untuk sepanjang kursus, contoh seperti tempat penginapan dan makan sepanjang kursus. RM5,000 lagi akan diberi kepada pelajar bukan by cash. Pelajar dikehendaki menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli untuk mulakan perniagaan, contoh, pelajar jahitan sediakan jenis mesin dan jenama yang hendak dibeli, kalau pelajar masakan nak beli oven ke dan macam-macam lagi dalam harga +- RM4,000 dan selebihnya boleh digunakan sebagai modal perniagaan. Contohnya, macam nisa, nisa beli 1 mesin jahit tepi industri, 1 mesin jahit portable, cuttinng machine dan iron steam, semua dalam 4 ribu lebih, kawan nisa beli 1 mesin jahit lurus industri dan 1 mesin mesin jahit tepi industri. Terpulang pada keperluan masing-masing.



Lepas sediakan senarai barangan yang kita nak, boleh beri pada cikgu giatmara yang menguruskan,  cara mungkin berlainan sikit dari nisa, semuanya bergantung pada cikgu yang menguruskan.

Tengok, kan nisa dah cakap, nisa tak tipu, memang nisa dapat mesin percuma...cumanya lepas dapat barangan setiap bulan kita kena buat report yang kita ada ambil tempahan dan sebagainya, itu sahaja. Mudahkan.

Tak rugi pun siapa nak mencuba, kursus  PUTEK ni diadakan sebanyak 3 kali setahun, setiap sesi hanya ada 30 student je. Sbb tu, habis giatmara cepat-cepat isi borang, tanya awal-awal kt cikgu giatmara, kalau cepat boleh la pergi awal, kalau lambat, kenalah tunggu dalam senarai pelajar-pelajar yang menunggu.

Jadinya try ur best ye masing-masing!

Itu saja perkongsian kali ini,

syukran,

Assalamualaikum, daa~


Friday 20 February 2015

Jahit Tepi Tudung Kelim

Siap tempahan dari kawan-kawan untuk jahit tepi tudung, kalau kat rumah dapat buat jahit kelim je ... tapi, favourite jugak pakai jahit tepi kelim nih sebab senang nak bentuk tudung ... kelim tuh jahit 2 kali. caranya jahit sekali pusingan, lepas tuh snip sampai kemas, lepas tuh lipat lagi skali jahit dan siap. 


contoh yang dah siap pakai.








Wednesday 18 February 2015

Jahit Bow Kucing

Kucing sememangnya dilahirkan dengan corak yang pelbagai, kalau tak pakai baju atau aksesori pun dah terserlah kecomelan, keanggunan dan ketampanan mereka. 


Tapi masih, disebabkan manusia yang mempunyai minat, kucing-kucing disediakan dengan pelbagai pakaian dan segala macam aksesori yang seangkatan dengannya. Bila pakaikan kat kucing bertambah-tambah comel lah pulak, terserlah keanggunan dan ketampanan mereka.

Tapi masih lagi, manusia yang punya minat kucing yang menjadi mangsa...ada kucing yang redho je, kalau macam tu takpe lah senang citer...tapi macam mana pula kalau kucing yang jenis memberontak, janganlah dipaksa buat rosak barang je kalau kucing tu kerjakan nanti. 

Sebenarnya, saya dah penah cuba kat kucing-kucing saya. Tapi disebabkan kucing-kucing saya jenis yang jaga maruah dan egonya sebagai seekor kucing, habis dorang kerjakan rantai kucing berloceng yang adik saya belikan dulu. Sejak tuh dah tak pernah pakaikan kucing apa-apa.

Tapi sejak-sejak belajar jahit, pernah sekali saya nak habiskan masa yang terluang ni, jumpa kain perca...tak tau nak buat apa, last-last terfikir nak buat bow kucing...anak-anak kucing pun dah membesar, apasalahnya kalau kita cuba try test kan. 

Akhirnya siap satu, tali bow diletak lapik pengeras, disambungan dengan getah dan butang katip je. Sorry gambar jelas bow tak sempat nak amik . Ni gamba kucing betina saya yang namanya "kakak" yang pakai. Nak pulak si kakak ni pakai. Ikutkan kakak ni yang paling garang, tapi bab nak cantik-cantik dia num 1, kucing tina kate kn... hehe

0keys..Assalamualaikum!


Gaya duduk fav kakak

Belajar Jahit Manik

Bulan-bulan yang sibuk...buat masa ni kerja di butik Amin Johary, belajar jahit manik... best sangat sbb memang dari dulu teringin nk belajar jahit manik, dulu mmg penah cuba-cuba buat sendiri...tapi entah apa-apa je yang jadi.. huhu kalau nak harap kan belajar sendiri mmg ke laut lah jadi nya. Sebab tu bagi saya orang yang jenis belajar sendiri jadi ni, mmg dorg power giler...hehe bagi 4 bintang dari 5. Sebenarnya tips nya jangan mudah putus asa je ... je ... 

Tapi jugak kalau otak jenis berangan ke lain je, mmg ke laut lagi lah kan...

Alhamdulillah sekarang ni boleh lah jugak nk menjahit manik tuh, kalau dulu langsung tak faham, nak buat corak apa, sesuai ke idok, nampak mahal ke murah...walaupun kenyataannya jahit manik ni banyak pada try and error je, yang penting rajin lah kan, kalau tak sesuai bukak balik, cuba cara lain pulak dan macam tu lah seterusnya...sampailah dapat hasil yang memuaskan. 

Lagi satu, selain rajin kena ada minat jugak...selalunya dengan minat tu lah yang buatkn semangat kita berkobar-kobar...gituh~

Kalau yang baru-baru nak belajar eloklah mulakan jahit manik simple je atas sehelai kain, mcm gambar cth, kalau dah biasa macam tu boleh lah start yang susah-susah sikit...tapi kalau awak kreatif pilih gabungan manik, dengan cara mudah pun dah boleh jadikan manik tuh nampak cantik dan mahal...

orite, selamat mencuba!

Assalamualaikum.


Gambar contoh.