Showing posts with label nasihat sikit. Show all posts
Showing posts with label nasihat sikit. Show all posts

Saturday, 29 November 2014

Senyuman Yang Kembali

Seperti terjaga dari tidur yang panjang..

Setelah melihat diri sendiri yang dulu tersenyum manis bak bunga mekar di taman, bagai satu kejutan, seolah aku pernah terlupa cara untuk tersenyum.. kenangan lalu telah mencuri senyuman aku, malah kadang-kadang terasa takut untuk tersenyum lagi, takut senyuman itu kelak akan dirampas, dirobek-robek dengan rakus.

Aku teringat ianya sangat sakit dahulu.




Tapi aku tak layak mengadu setelah melihat, ramai yang lebih sakit dari aku ... jadi aku pendamkan sahaja, menangis sendiri berhari-hari, berulang-ulang keesokan hari tiada siapa tahu, sikit-sikit merampas senyuman ikhlas aku. Kadang-kadang sehingga terasa seperti jasad yang bergerak ini tidak bernyawa, hanyalah patung yang dikawal mengikut kehendak sekeliling. aku paksa bangun.

Sering berbisik-bisik menasihati diri sendiri berulang-ulang, walau susah ditelan..

"hey, setiap yang berlaku pasti ada hikmah"

"whatever happens life must go on"

"akan sampai waktu tu, kau akan tersenyum kembali"

yang paling penting...

"Allah ada, melihat aku, menjaga aku, bersama aku, aku hidup kerana Allah s.w.t , bukan kerana manusia"

"biar orang buat kita, jangan kita buat orang..kalau tak kita sama saja dgn org y buat kita"

dan banyak lagi...

Itulah antara nasihat-nasihat yang sering berulang aku menasihati diri sendiri, 

masa pun berlalu ... kesakitan kadang-kadang masih berbekas, tapi alhamdulillah aku dapat melupakannya, hanya kadang-kadang sahaja aku terkenang.





Hari ini aku disini, tak sama dengan aku yang dulu ... mata aku lebih terbuka luas , bila aku melihat seribu cerita bermain di fikiranku... aku dengan semangat baru dan aku bersyukur dengan orang keliling aku.

Ya, memang penuh hikmah ujian yang diberiNya. 

Bersabarlah, saat kemenangan itu akan tiba & aku harapkan kemenangan didunia & diakhirat kelak .
Semoga kita semua akan mendapat kemenangan yang kekal disana.

Senyumlah, jangan rugikan hari tanpa senyumanmu hanya kerana dunia.sekian. (^^)




Wednesday, 23 April 2014

Komik - kesedaran

Assalamualaikum..

Sebenarnya dah lama niesa teringin nak buat komik, tapi asik tangguh jeh .. itu lah, ini lah .. hari ni hari yang paling bermood sangat nak lukis, buat komik .. o.k ni komik yang pertama yang sekian lama tak buat komik .. dulu time sekolah nisa ingat penah jugak buat komik, tapi tapi yg sketch comot2 je lah .. dulu kawan2 rapat je yg tengok .. itu aje .. ni komik simple dari niesa (^^)



sekian dari niesah (^^)
Assalamualaikum.




Sunday, 2 March 2014

Cinta ke Nafsu, jangan ditipu !

 Assalamualaikum,

Kisah pasal Mr.F yg tak habis .. dari dulu cakap nak sambung, tapi tak sambung .. bukan taknak sambung, sebab ceritanya sejak tuh tak pernah bersambung lagi, walau masih menunggu .. 4 tahun dah pun berlalu .. cerita dan perasaan semakin pudar .. kadang-kadang kenangan masih menerpa di sanubari, sy tersenyum seketika .. kadang-kadang sy terlupa terus seolah tiada apa yang pernah terjadi dulu, seolah dahulu sy tak pernah sakit disebabkan ini .. betul kata pepatah "hanya masa dapat menyembuhkan hati yang dilukai" .. tapi terpulang pada diri sendiri nak anggap ini suatu musibah atau suatu kebaikan, bagi sy, sy menganggapnya suatu ujian yang membawa kebaikan .. disebabkan perkara ini sy telah belajar banyak perkara .. perkara mengenai kehidupan .. tahulah saya cinta bukan segala-galanya .. mmg di zaman remaja sy sana sini org bercakap tentang cinta, sanggup berkorban kerna cinta, sanggup mati kerna cinta, siapa mempunyai cinta dialah yang paling bangga, dialah yang paling class .. akhirnya yang ada cinta yg tak kesampaian, cinta yang hanya angan-angan kosong .. banyak org yang hanyut dek cinta, bukan cinta yang benar, tapi cinta yang ditipu nafsu .. ramai juga yang masih tak dapat membezakan antara cinta dan nafsu .. semua mengharapkan kisah cinta seperti filem sekian-sekian, seperti kisah sekian-sekian .. akhirnya sendiri kecewa sebab hidup ini bukannya berjalan mengikut percaturan kita sendiri .. 

Tapi, cinta itu tetap wujud .. di satu tahap kita pasti akan tercari cinta yg tulus suci .. kadang-kadang terlintas difikiran, macam mana nak tahu samada cinta kita benar-benar cinta atau sebaliknya, kadang-kadang kita berusaha untuk menjadikan cinta itu cinta suci, tapi masih tanpa kita sedar yang hawa nafsu sentiasa menemani kita.

Dan pada satu tahap saya terbaca tentang cinta Ilahi "letakkan cinta Allah yang pertama, kita akan menemui cinta sejati" , mulanya susah jgk nak hadam, sekarang pun masih dalam proses memahami .. aah mungkin sy paham, tapi tak reti nak jelaskan .. tapi inilah juga nasihat sy pada yg masih mencari cinta, yg cuba memahami cinta, letakkn cinta Allah num satu di hati, dlm masa sama belajar dgn keadaan keliling .. janganlah kamu malu dgn status single, jgn pula kamu iri hati dgn mereka yg bercouple .. bercouple bkn sesuatu yg patut dibanggakan, kalau pun mengikut syariat islam, masih banyak yg perlu dijaga .. persolannya, mampukah kamu bercouple mengikut syariat islam? yg sy tahu jgn mendekati zina, bukan couple tu salah satu cabangnya? tepuk dada tanya hati . 

Sampai satu tahap lagi sy terbaca tentang mujahid dan mujahidah Allahyarham Ahmad Ammar bin Azam dan Allahyarhamah Siti Hajar binti Ahmad Sabir , aah rasa bagai satu tamparan .. barulah sendiri terasa diri ni, tak sangka sehabis remaja sy, banyak habiskan merisaukan tentang cinta sahaja .. barulah terasa diri ni mcm .. apa sy buat selama hidup saya .. aargh! 

Bagi yang masih tak paham, tahulah satu tahap korang pun akan melalui fasa-fasa memahami cinta yang sy alami,mungkin berbeza sikit .. asalkan kamu mencari cinta Ilahi, jgn tipu dgn diri sendiri, semua org pasti akan merasa sakit dan susah.. disaat itu barulah kamu tahu, siapa setia bersama kamu, ada satu masa kamu akan ditinggalkan keseorangan, kamu dah tak berdaya meraih sokongan orang keliling kamu, walaupun mereka didepan mata .. saat itu tahulah hanya Allah yg setia bersama kamu dan hanya Allah yang mampu mendengar segala rintihan dan yang paling memahami kamu.

Saya bercakap tentang cinta bukan sebab sy pakar tentang cinta, sy bercakap tentang agama bukan sebab sy pakar tentang agama. Sy bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, tak banyak pun .. sy cuma harap sikit-sikit dapat beri inspirasi pada yg lain, pada si pencari cinta, pada si pengubat hati mungkin atau pada sesiapa yg sedang cuba memahami cinta. 

Cinta bukanlah segala-galanya untuk kita hidup didunia ini, ada orang mati tanpa berjodoh .. tapi mati itu pasti . Kecualilah sekiranya mungkin kamu boleh meletakkan cinta Allah lah segala-galanya bagi kamu, itu yang terbaikkan (^^)

k daa~~ Slm

Thursday, 6 December 2012

Ubat hati ?

hati ni kalau sedih ubat kalau y paling mujarab ingat Allah s.w.t .. cuma kadang-kadang pernah tak korang rasa degil , dah tau kalau ingat Allah tu hati kan tenang .. tapi , dalam hati memberontak je dek ikut kan nafsu y tak berkesudahan , ade pulak kadang-kadang tu da tau tapi sengaja membatukn diri , bukan apa keras kepala punya pasal .. tak pun ingatlah , itulah tanda anda sedang dibisik-bisik , dihasut-hasut , diapi-api dek syaitan & iblis y tak pernah putus asa nak merosakkan makhluk Allah yang lemah ni iaitu manusia .. 

manusia ni memang lah lemah .. famous dengan segala kelemahan , tu pasal syaitan iblis bongkak bebenor sebabnya seperti yang anda semua tau manusia ni dibuat dari tanah , dema tu pulak dari api .. tapi sebongkak-bongkak mereka , mereka masih takutkan Allah s.w.t .

yang kesah simanusia ni pulak , memanglah makhluk y lemah tapi kita lemah bukan dibiarkan hidup terkontang kanting terbiar je .. ingat Allah s.w.t punyalah sayang kita manusia ni dengan turunkan wahyu melalui Nabi Muhammad s.w.t iaitu Al-Quran .. wahyu yang mengandungi segala macam nasihat & ingatan untuk kebaikan manusia didunia & juga akhirat .. 

cuma manusia ni je ha .. punya la degil , da tau syaitan tu musuh yang nyata tapi dok ikut jugak segala nasihat sweet-sweet tu . haih , tau tak anda-anda kalau terlalu ikutkan nafsu ditambah pulak dengan ayat sweet-sweet dari iblis laknat ni mula-mula je nampak indah semacam , berbunga habih , berbahagia konon bagai ... tapi percayalah pengakhiran die takkan sebahagia yang anda-anda semua impikan .. anda kalau anda tak pernah rasa dan alami sendiri mmg anda takkan nampak , mungkin susah anda nak percaya .. tapi takkanlah bila dah terhantuk dinding menangis baru anda nak sedar dan percaya .. iye ke dok ? itulah citenya , jadikan pengalaman org lain sebagai penunjuk jalan anda untuk menghadapi masa akan datang anda .. kalau taknak percaya takpa , tapi jangan lupa pertimbangkan .. anda bijak , dikurniakan akal .. oleh itu anda mesti lah arif apa yang terbaik untuk diri sendiri .. 

iyelah orang cakap ni bukan apa .. kita ni kan manusia kenalah saling ingat mengingat .. ye dok ?

hiduplah didunia ini dengan segala perbuatan didahului dengan niat untuk mencari redha Allah .. ye lah memang kita hidup ini untuk jadi hamba Allah .. sebab tu kita diuji bagai , ujian nak tengok tahap kesetiaan anda sebagai hamba Allah .. 

oleh itu cuba fikir-fikirkan anda ni kategori hamba Allah yang fail ke awesome ? !!

hah kan gagap dah .. taknak ngaku ler tuh ..

takpe kalau rasa buat salah tak perlula diciter dicanang kat orang lain .. sebab biasanya takkan membantupun .. jalan terbaik anda bertaubatlah & berdoa sepenuh hati anda kat Allah s.w.t .. Allah tu maha pengampun , pemurah lagi penyayang .. selagi hayat dikandung badan , selagi berpeluang hidup diatas muka bumi ini janganlah anda berputus asa .. 

sebab dikubur nanti , siapa pun anda , anda pasti menyesal dan berharap dikembalikan kat dunia ini supaya dapat mengumpul segala amal sebanyak-banyaknya .. lagi sekali saya cakapkan , takkan dah terhantuk menangis baru nak menyesal bagai .. kalau kat dunia ni ,  insyaAllah masih berpeluang lagi .. tapi kalau dah kat kubur nanti , anda-anda dan saya takkan ada peluang kedua lagi .. takkan ada ! (bisik-bisik kat telinga dgn suara dingin)

jadi gunakanlah akal bijak anda untuk menentukan masa hadapan anda .. masa hadapan bukan takat didunia tapi diakhirat sana ..