Saturday 29 November 2014

saantai



ahaha, kartun pun nk pakai contact lens ke >< 
x comey dahhh...
tapi, itu mungkin realiti manusia :P



Senyuman Yang Kembali

Seperti terjaga dari tidur yang panjang..

Setelah melihat diri sendiri yang dulu tersenyum manis bak bunga mekar di taman, bagai satu kejutan, seolah aku pernah terlupa cara untuk tersenyum.. kenangan lalu telah mencuri senyuman aku, malah kadang-kadang terasa takut untuk tersenyum lagi, takut senyuman itu kelak akan dirampas, dirobek-robek dengan rakus.

Aku teringat ianya sangat sakit dahulu.




Tapi aku tak layak mengadu setelah melihat, ramai yang lebih sakit dari aku ... jadi aku pendamkan sahaja, menangis sendiri berhari-hari, berulang-ulang keesokan hari tiada siapa tahu, sikit-sikit merampas senyuman ikhlas aku. Kadang-kadang sehingga terasa seperti jasad yang bergerak ini tidak bernyawa, hanyalah patung yang dikawal mengikut kehendak sekeliling. aku paksa bangun.

Sering berbisik-bisik menasihati diri sendiri berulang-ulang, walau susah ditelan..

"hey, setiap yang berlaku pasti ada hikmah"

"whatever happens life must go on"

"akan sampai waktu tu, kau akan tersenyum kembali"

yang paling penting...

"Allah ada, melihat aku, menjaga aku, bersama aku, aku hidup kerana Allah s.w.t , bukan kerana manusia"

"biar orang buat kita, jangan kita buat orang..kalau tak kita sama saja dgn org y buat kita"

dan banyak lagi...

Itulah antara nasihat-nasihat yang sering berulang aku menasihati diri sendiri, 

masa pun berlalu ... kesakitan kadang-kadang masih berbekas, tapi alhamdulillah aku dapat melupakannya, hanya kadang-kadang sahaja aku terkenang.





Hari ini aku disini, tak sama dengan aku yang dulu ... mata aku lebih terbuka luas , bila aku melihat seribu cerita bermain di fikiranku... aku dengan semangat baru dan aku bersyukur dengan orang keliling aku.

Ya, memang penuh hikmah ujian yang diberiNya. 

Bersabarlah, saat kemenangan itu akan tiba & aku harapkan kemenangan didunia & diakhirat kelak .
Semoga kita semua akan mendapat kemenangan yang kekal disana.

Senyumlah, jangan rugikan hari tanpa senyumanmu hanya kerana dunia.sekian. (^^)




Naruto Ending

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...


Soalan : Siapa yang layan anime naruto?

Saya..saya! sayalah..hewhew rasa macam nk bagi kaki tak, bagi arr .. bagi arr !! tumbok kang, tumbok kang!! ekh eh xde r , mane ade .. nak citer ni, dengar rrr...



Hah, kepada peminat-peminat atau yang melayan cerita naruto secara sikit-sikit atau secara penuh, untuk penghetahuan semua cerita ending naruto untuk siri komik telah pun dikeluarkan. Ending dia memang sangat tak dijangkakan. Setelah dikeluarkan dalam beberapa hari, ramailah peminat-peminat tegar naruto yang bagi pelbagai komen dan pendapat, ada yang puas hati, ade yang nk mengamuk sbb ending tak macam yang dia nak. 

Tapi, bagi pendapat saya pulak, saya suka sangat-sangat ending dia, tapi terlalu ringkas dan macam kelam kabut sikit, mungkin sbb lukisan komik, so, macam tak berapa jelas & serabut. 

Apa yang best pasal ending dia, mestilah sbb happy ending untuk sakura & sasuke ... my favourite animasi character dari dulu kt mana-mana cerita pun, asal ada nama sakura ... wahhh!! rasa macam saya sendiri lak yang bercinta, mane tak nye... sebelum ni kan sasuke jadi jahat, tambah pulak ada member cerita, penulis cerita buat announcmnt akan ada watak utama yg akan dimatikan, so, rasa berdebar-debar nak tau ending dia,bile da ending dia tu mula-mula rasa malas nak tengok pun ada.. tapi, bila tengok mmg x dijangkakan.

Lagi perangai sasuke yg tak pernah nak cakap pasal hal cinta, yg selalu dingin je, pastu dendam tak habis, tiba-tiba lak nak sweet-sweet ngan sakura kt last chapter, macam kambing gua sengih-sengih sorang-sorang time baca part tu .. hahaha ...



Saya mmg layan sangat tengok cerita ni, sbb cerita ni saya layan sejak sekolah, lama sangat tak habis-habis, lepas tu stop kejap masuk asrama, sambung belajar pulak, last-last time saya dok umah dulu sbb excident, time tu saya marathon cerita ni balik, cerita ni pun dorg buat selama 15 tahun, lame giler tuh & mmg berzaman nak habiskan.. watak cerita naruto tu membesar, dengan saya-saya membesar...kira melekat jugak cerita tu dalam hati ni, lagi-lagi cerita ni ada jugak pengajaran & banyak isi-isi tersirat..

Sebab tu bila dah habis terasa macam...akhirnya habis jugak ko...haha xde rrr tapi best jugok!


orite, apa-apa pun happy ending for naruto & naruto fan (^^,)