Sunday 17 September 2017

Catatan Hati Hari Ini

Berapa tahun yang berlalu, macam-macam yang terjadi..ada yang sempat dicoretkan dalam buku memori ada yang hanya tersimpan rapi dalam ingatan, dan mungkin ada yang dilupakn begitu sahaja. 

Sehingga hari ini, dari hati yang keanak-anakkan dan ceria, ke hati yang terluka dan kemudiannya kosong..hinggalah kini kembali ke hati yang rapuh tetapi makin bersinar mengutip sisa-sisa cebisan kerinduan dan kegembiraan untuk menjadikan kembali hati yang keriangan malah lebih kuat dan kukuh. Semuanya kerana untuk saya menjadi seseorang.

Seseorang yang berguna mengikut Agama!

Segala kenangan seolah diflashback di depan mata..masih merindu, tapi cekalkan hati..saya bukan ego, tapi mahu menjadi tabah..walau jawapan masih belum kunjung tiba..mungkin hint sudah ada, cuma saya yang tidak memahami aturan dari Allah yang Maha Hebat...

Jangkaan diri saya tentang kebanyakannya semuanya meleset..

Saya jadi bingung, kiranya saya salah dalam kebanyakannyalah?! akhirnya saya reda, memang banyak benda yang tidak difahami..saya cuba mencari jawapan, tapi jalannya kadang-kadang tak mampu untuk dihadapi..saya hanya mampu buat muka yang seolah tidak menghirau atau risau tentangnya. Sedangkan hati ni tidak mampu..

Mungkin jawapan saya sudah ada, cuma saya yang masih buta untuk menilai atau memang ini ujian buat diri saya..

Akhirnya berserah hanya padaNya..


Friday 26 May 2017

Kerja Part Time

Agaknya sekarang ni orang active lagi tak blog nih ye?

Lama nau tak active, kunun-kunun sibuk dan takde idea nak update ape..hari tuh sebelum-sebelum nih kita buat full time menjahitkan. Memang tak boleh nak go on kalau buat jahit semata-mata, rasa lemau badan dan semangat..haha

Lepas tuh kita decide nak kerja..dan Alhamdulillah dapat tempat kerja yang betul-betul dekat dengan rumah, tak sampai 5 minit pun jalan, itu pun kadang-kadang lewat jugak..yang best nya tempat kerja nya sambil santai-santai je. Takdelah tekanan sangat.

Sebab tu kita masih ambil tempahan jahit, kita panggil part time gituh..Ambil tempahan dalam kuantiti yang sedang-sedang saja. Menyibukkan diri. Harap dapatlah manage time kita ni betul-betul, biar tempahan laju je siap. Baru cust seronok kan..hihi doakan yg terbaik utk kita.

Assalamualaikum,

Salam mesra.