Thursday 27 March 2014

Fruits Basket animasi/manga

Hi assalamualaikum,

Baru-baru ni disebabkan terasa nak tengok cerita, nisa tengok balik cerita animasi fruit basket, sebab macam dah tak ingat cerita dia macam mana .. mmg best, sebelum ni pernah post pasal lagu momiji fruit basket clik sini .. hari ni nak cerita sikit pasal keseluruhan  cerita ni .. 

Bermula dari Tohru(watak utama) disebabkan mak dia br mniggal dunia, dia terpaksa tinggal dirumah atuk dia, tapi disebabkan atuk dia nak buat renovation kt umah dia .. so atuk dia minta dia tinggal kt umah kwn2 dia sementara dan disebabkan dia taknak menyusahkan kwn-kwn dia, dia pun dgn memberanikan diri tinggal  dalam kemah kt kaw hutan berhampiran .. kemudian dia nak kesekolah kebetulan terserempak dgn rumah kwn kelas dia yuki sohma, yuki sohma ni sangat popular kt sekolah dia dan peminat-peminat dia panggil dia prince yuki .. tapi dia ni jgk sangat misteri .. 
Then pada  hari tu jgk yuki sohma dan sepupu dia terserempak dgn Tohru di tmpt perkhemahan dia .. mereka pon ajak tinggal sama tak perlu bayar dgn syarat dia kena buat semua kerja rumah dan masak-masak.
Pada waktu tu la rahsia keluarga sohma terbongkar . bilamana bila mereka terpeluk dgn lain jantina mereka akan bertukar mengikut 12 zodiak . time tu la mcm-mcm jadi, sorang-sorang dari 12 zodiak dtg jumpa dgn Tohru. 12 zodiak ni kira bagai terkena sumpahan sbb tu mereka jauhkan diri dari org lain, sbb tu bila ada org lain yg tau rahsia keluarga dorg akan ambil tahu . 

mmg best cerita animasi dia, tapi yg tak berapa best cerita dia setengah je dari carita asal manga dia . selama ni mmg tak pernah nak baca mangga dia . hari tu baca mmg la sangat-sangat best dari cerita asal dia and dalam anime banyak misteri tak selesai, kalau baca manga ending dia mmg happy ending .. tapi yang nisa paling suka tengok lukisan dia (^^)

Tapi jalan cerita dia pun mmg best, lawak, misteri, sedih, macam-macam rasalah .. haha

Kalau nak tengok anime dia boleh bukak link sini Anime Fruit Basket

Kalau manga pulak nisa selalu bukak kat sini Manga Fruit Basket
O.k bawah ni gambar dalam cerita ni
ni watak utama dalam cerita fruit basket ..dari kiri Yuki Sohma , Honda Tohru , Kyo Sohma

ni antara my favourite part dalam manga 








dan ni salah satu lagu dalam animasi fruit basket




ok sampai sini sahaja share pasal fruit basket .. daa~ slm (^^)


Sunday 2 March 2014

Cinta ke Nafsu, jangan ditipu !

 Assalamualaikum,

Kisah pasal Mr.F yg tak habis .. dari dulu cakap nak sambung, tapi tak sambung .. bukan taknak sambung, sebab ceritanya sejak tuh tak pernah bersambung lagi, walau masih menunggu .. 4 tahun dah pun berlalu .. cerita dan perasaan semakin pudar .. kadang-kadang kenangan masih menerpa di sanubari, sy tersenyum seketika .. kadang-kadang sy terlupa terus seolah tiada apa yang pernah terjadi dulu, seolah dahulu sy tak pernah sakit disebabkan ini .. betul kata pepatah "hanya masa dapat menyembuhkan hati yang dilukai" .. tapi terpulang pada diri sendiri nak anggap ini suatu musibah atau suatu kebaikan, bagi sy, sy menganggapnya suatu ujian yang membawa kebaikan .. disebabkan perkara ini sy telah belajar banyak perkara .. perkara mengenai kehidupan .. tahulah saya cinta bukan segala-galanya .. mmg di zaman remaja sy sana sini org bercakap tentang cinta, sanggup berkorban kerna cinta, sanggup mati kerna cinta, siapa mempunyai cinta dialah yang paling bangga, dialah yang paling class .. akhirnya yang ada cinta yg tak kesampaian, cinta yang hanya angan-angan kosong .. banyak org yang hanyut dek cinta, bukan cinta yang benar, tapi cinta yang ditipu nafsu .. ramai juga yang masih tak dapat membezakan antara cinta dan nafsu .. semua mengharapkan kisah cinta seperti filem sekian-sekian, seperti kisah sekian-sekian .. akhirnya sendiri kecewa sebab hidup ini bukannya berjalan mengikut percaturan kita sendiri .. 

Tapi, cinta itu tetap wujud .. di satu tahap kita pasti akan tercari cinta yg tulus suci .. kadang-kadang terlintas difikiran, macam mana nak tahu samada cinta kita benar-benar cinta atau sebaliknya, kadang-kadang kita berusaha untuk menjadikan cinta itu cinta suci, tapi masih tanpa kita sedar yang hawa nafsu sentiasa menemani kita.

Dan pada satu tahap saya terbaca tentang cinta Ilahi "letakkan cinta Allah yang pertama, kita akan menemui cinta sejati" , mulanya susah jgk nak hadam, sekarang pun masih dalam proses memahami .. aah mungkin sy paham, tapi tak reti nak jelaskan .. tapi inilah juga nasihat sy pada yg masih mencari cinta, yg cuba memahami cinta, letakkn cinta Allah num satu di hati, dlm masa sama belajar dgn keadaan keliling .. janganlah kamu malu dgn status single, jgn pula kamu iri hati dgn mereka yg bercouple .. bercouple bkn sesuatu yg patut dibanggakan, kalau pun mengikut syariat islam, masih banyak yg perlu dijaga .. persolannya, mampukah kamu bercouple mengikut syariat islam? yg sy tahu jgn mendekati zina, bukan couple tu salah satu cabangnya? tepuk dada tanya hati . 

Sampai satu tahap lagi sy terbaca tentang mujahid dan mujahidah Allahyarham Ahmad Ammar bin Azam dan Allahyarhamah Siti Hajar binti Ahmad Sabir , aah rasa bagai satu tamparan .. barulah sendiri terasa diri ni, tak sangka sehabis remaja sy, banyak habiskan merisaukan tentang cinta sahaja .. barulah terasa diri ni mcm .. apa sy buat selama hidup saya .. aargh! 

Bagi yang masih tak paham, tahulah satu tahap korang pun akan melalui fasa-fasa memahami cinta yang sy alami,mungkin berbeza sikit .. asalkan kamu mencari cinta Ilahi, jgn tipu dgn diri sendiri, semua org pasti akan merasa sakit dan susah.. disaat itu barulah kamu tahu, siapa setia bersama kamu, ada satu masa kamu akan ditinggalkan keseorangan, kamu dah tak berdaya meraih sokongan orang keliling kamu, walaupun mereka didepan mata .. saat itu tahulah hanya Allah yg setia bersama kamu dan hanya Allah yang mampu mendengar segala rintihan dan yang paling memahami kamu.

Saya bercakap tentang cinta bukan sebab sy pakar tentang cinta, sy bercakap tentang agama bukan sebab sy pakar tentang agama. Sy bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, tak banyak pun .. sy cuma harap sikit-sikit dapat beri inspirasi pada yg lain, pada si pencari cinta, pada si pengubat hati mungkin atau pada sesiapa yg sedang cuba memahami cinta. 

Cinta bukanlah segala-galanya untuk kita hidup didunia ini, ada orang mati tanpa berjodoh .. tapi mati itu pasti . Kecualilah sekiranya mungkin kamu boleh meletakkan cinta Allah lah segala-galanya bagi kamu, itu yang terbaikkan (^^)

k daa~~ Slm

Saturday 1 March 2014

kucing ekor kontot

Tadi tengah-tengah sy syiok scroll timeline facebook tiba-tiba jumpa gamba pasal kucing, disebabkan sy peminat dan pembela kucing, sy pun usha-usha lah sambil baca komen.. 


tengah-tengah baca terjumpa satu komen pasal kucing kontot , terbayang-bayang dua ekor kucing kontot yang kt umah tu.. semua sekali ada 9 ekor, tp bayang yg kontot je..



lepas baca ni gelak mcm nk nangis..hahaha, kesian kontot ada ke dia suruh selotap ngan bulu ayam..cuba bayangkan, bayangkanlaahhh~~~

haha k daa~ slm