Showing posts with label artexchange. Show all posts
Showing posts with label artexchange. Show all posts

Friday, 22 August 2014

Kelas Website Murah

Pernah tak kamu terfikir untuk lebih serius belajar mengenai website? Selama ni memang hanya suka-suka main blog, update sana sini. Orang buat macam ni macam tu, kita pun tiru, bila tanya tips dia pun sebenarnya tak paham apa dia buat atau mungkin dia terangkan kita yang tak berapa paham. Lagi-lagi yang langsung takde basic IT ni atau yang baru berjinak-jinak dengan blog/website.

Tapi lepas tu pula tengok kawan-kawan sambil berblogger sambil buat income. Tengok dia masyuk je kan, tapi cuba kalau kita sendiri pula buat, apa pun tak jadi. Bukan takat tak jual barang, orang nak lawat blog pun takde. Aduiii sedihnya macam tu kan, padahal kita dah cuba macam-macam yang orang bagi tips, tapi masih tak jadi dan tak paham kenapa. 

Sudah tentu untuk berjaya kita kenalah menimba ilmu bukan. Oleh itu, di sini saya nak mengenalkan sebuah website yang sangat berinformasi dan padat iaitu Le Harmonie Studio, owner dia yang di kenali sebagai Wan Syafiq sangatlah tidak kedekut ilmu, bagi tips yang sangat jelas dan siap menyediakan platform mudah untuk sesiapa sahaja belajar website. Paling penting percuma pulak tuh, mana nak cari.

Le Harmonie studio, bukan sahaja menyediakan cara-cara untuk buat website dari permulaan asas. Tetapi, turut menyediakan cara-cara menaikkan rating SEO yang mudah, dan juga cara-cara mengambil/mengedit atau meletakkan gambar-gambar yang akan menjadi salah satu daya tarikan sesebuah website.

Untuk pengetahuan kamu, biasanya untuk menghadiri kelas-kelas website boleh mencecah sehingga ribu-ribu ringgit, itupun tidak tentu lengkap pengisiannya, duit habis ilmu kemana, rugi dan tak best sangat macam tu kan. Sangat tidak berbaloi.

Tetapi, di Le Harmonie Studio pula, sebelum masuk ke kelas, kamu semua boleh study dulu segala tips yang telah disediakan di website owner, supaya nanti bila masuk kelas takdelah terkejut atau blurr-blurr pulak nanti kan. Yang penting harganya sangat berpatutan, domain name, platform semua disediakan. Boleh buat website berniaga atau syarikat dan sebagainya, mengikut kehendak pengguna.

Di sini Le Harmonie Studio menawarkan bagi yang berminat untuk belajar dan buat website sendiri atau menaikkan rating website yang sedia ada, boleh lah menghadiri kelas-kelas yang akan bermula pada bulan september ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kelas, boleh email ke mijie.ai@gmail.com atau wassup ke 0182294161 atau boleh terus bertanya kepada En. Wan Syafiq, segala maklumat boleh dijumpai di website Le Harmonie Studio.

Assalamualaikum,
& Salam Sejahtera.








Thursday, 8 May 2014

Art Trade bersama Miss Kepeng Reply

Hi Assalamualaikum,

Niesa dah dapat reply dari Miss Kepeng pasal art-trade .. hehe comel jeh ! ade pulak miss kepeng ni cakap dia  lukis macam tangan kudung, hehe biasalah seni kan lain-lain gayanya .. ngeee~~  apa-apa pun thank you so much miss kepeng .. lain kali boleh buat lagi ..ekh (^^) why not kan..


Atas ni doodle dari Miss Kepeng kpd Niesa




Sunday, 27 April 2014

Art-Trade with Budoxesquire

Hai Assalamualaikum,


Hari ni niesa nak update pasal art-trade lagi dan kali ni dengan Budoxesquire , mulanya niesa saja search pasal art trade and terjumpa lah blog budoxe nih .. padahal, sebenarnya da follow kt blog budoxe nih dah lame dah,huhu cuma niesa ni je yg tak perasan pasal art trade tuh (my bad my bad) bak kata omputeh.. o.k apa-apa pun bawah ni art trade niesa and budoxe, 


dari budoxe kpd niesa, o.k niesa mmg suka lukisan ni ayu-ayu gitu kn mcm niesa tak?hehe

dari niesa kpd budoxe, mcm biasa cara niesa buat .. lakar kt kertas, pekatkn pakai pen, kemudian amik gmba letak kt comp., guna software paint tool sai and adobe photoshop .
ada mcm cara-cara buat kuih tak? :P

Hehe orite daa slm.



Wednesday, 23 April 2014

Jom Art-Trade Bersama Miss Kepeng



Hi Assalamualaikum ,  hari niesa terjenguk kat ruangan chat dan ternampak jemputan dari miss kepeng nih pasal art trade .. sudah tentuu-tentulah niesa say yes, mmg ni yg niesa nak kan .. mood hari ni rajin sangat .. hari ni jugak niesa siapkan doodle untuk miss kepeng nih .. o.k miss kepeng khas untuk awak ^^



reply doodle dari miss kepeng



Monday, 24 February 2014

Art Exchange with Batrisyiaartarashe



Hi Assalamualaikum hari ni untuk pertama kalinya saya post art exchange dari saudari batrisyiaartarashe , lukisanya berilhamkan dari disney movie 'FROZEN' , dan adik ni menggunakan buncho poster color untuk siapkan art dia ni.
Terima kasih banyak2 sebab jadi yg pertama merasmikan art exchange dr sebukumemori.

Bagi sesiapa lagi yg sudi nak buat art exchange boleh email saya di mijie.ai@gmail.com