Thursday 8 October 2015

Mesin Jahit Percuma

Biar betul, nak gempak jer tajuk kan...saja la tuh, nak tarik perhatian, betul ke tak tu..ekh ekh ekh konon-konon la kan..siyes tak tipu, alhamdulillah nisa dah dapat da pun..

sebelum tu Assalamualaikum,

Betul ke nisa ni, mesin jahit bukan murah ooo...ribu riban harga, lagi-lagi mesin jahit industri. Yup, nisa tak tipu bukan 1 mesin je nisa dapat, barang-barang jahitan lain pun nisa dapat juga. Macam mana dapat? semuanya bermula lepas nisa masuk Giatmara <-- pos lepas pasal giatmara

Macam yang nisa cakap dalam pos giatmara , ada program inkubator selepas 6 bulan menghadiri kursus giatmara, untuk masuk program inkubator pelajar perlu hadiri kursus PUTEK yang diadakan selama 10 hari,  sepanjang kursus PUTEK atau Program Usahawan Teknikal , pelajar akan didedahkan dengan keperluan-keperluan asas sebagai usahawan, pelajar akan dibimbing untuk membuat RP atau Rancangan Perniagaan yang sebenar.

Dengan menghadiri kursus PUTEK, setiap pelajar akan diberi RM10,000 oleh giatmara. RM5,000 akan digunakan untuk sepanjang kursus, contoh seperti tempat penginapan dan makan sepanjang kursus. RM5,000 lagi akan diberi kepada pelajar bukan by cash. Pelajar dikehendaki menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli untuk mulakan perniagaan, contoh, pelajar jahitan sediakan jenis mesin dan jenama yang hendak dibeli, kalau pelajar masakan nak beli oven ke dan macam-macam lagi dalam harga +- RM4,000 dan selebihnya boleh digunakan sebagai modal perniagaan. Contohnya, macam nisa, nisa beli 1 mesin jahit tepi industri, 1 mesin jahit portable, cuttinng machine dan iron steam, semua dalam 4 ribu lebih, kawan nisa beli 1 mesin jahit lurus industri dan 1 mesin mesin jahit tepi industri. Terpulang pada keperluan masing-masing.



Lepas sediakan senarai barangan yang kita nak, boleh beri pada cikgu giatmara yang menguruskan,  cara mungkin berlainan sikit dari nisa, semuanya bergantung pada cikgu yang menguruskan.

Tengok, kan nisa dah cakap, nisa tak tipu, memang nisa dapat mesin percuma...cumanya lepas dapat barangan setiap bulan kita kena buat report yang kita ada ambil tempahan dan sebagainya, itu sahaja. Mudahkan.

Tak rugi pun siapa nak mencuba, kursus  PUTEK ni diadakan sebanyak 3 kali setahun, setiap sesi hanya ada 30 student je. Sbb tu, habis giatmara cepat-cepat isi borang, tanya awal-awal kt cikgu giatmara, kalau cepat boleh la pergi awal, kalau lambat, kenalah tunggu dalam senarai pelajar-pelajar yang menunggu.

Jadinya try ur best ye masing-masing!

Itu saja perkongsian kali ini,

syukran,

Assalamualaikum, daa~


2 comments:

  1. Ada had umur ke kursus kt giat mara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling muda mungkin 16 tahun, paling tua rasa takde had..tp kalau peraturan terbaru tak tau lah, kena cek giatmara yg berdekatan atau cuba call je.. :)

      Delete