Sunday, 17 September 2017

Catatan Hati Hari Ini

Berapa tahun yang berlalu, macam-macam yang terjadi..ada yang sempat dicoretkan dalam buku memori ada yang hanya tersimpan rapi dalam ingatan, dan mungkin ada yang dilupakn begitu sahaja. 

Sehingga hari ini, dari hati yang keanak-anakkan dan ceria, ke hati yang terluka dan kemudiannya kosong..hinggalah kini kembali ke hati yang rapuh tetapi makin bersinar mengutip sisa-sisa cebisan kerinduan dan kegembiraan untuk menjadikan kembali hati yang keriangan malah lebih kuat dan kukuh. Semuanya kerana untuk saya menjadi seseorang.

Seseorang yang berguna mengikut Agama!

Segala kenangan seolah diflashback di depan mata..masih merindu, tapi cekalkan hati..saya bukan ego, tapi mahu menjadi tabah..walau jawapan masih belum kunjung tiba..mungkin hint sudah ada, cuma saya yang tidak memahami aturan dari Allah yang Maha Hebat...

Jangkaan diri saya tentang kebanyakannya semuanya meleset..

Saya jadi bingung, kiranya saya salah dalam kebanyakannyalah?! akhirnya saya reda, memang banyak benda yang tidak difahami..saya cuba mencari jawapan, tapi jalannya kadang-kadang tak mampu untuk dihadapi..saya hanya mampu buat muka yang seolah tidak menghirau atau risau tentangnya. Sedangkan hati ni tidak mampu..

Mungkin jawapan saya sudah ada, cuma saya yang masih buta untuk menilai atau memang ini ujian buat diri saya..

Akhirnya berserah hanya padaNya..


Friday, 26 May 2017

Kerja Part Time

Agaknya sekarang ni orang active lagi tak blog nih ye?

Lama nau tak active, kunun-kunun sibuk dan takde idea nak update ape..hari tuh sebelum-sebelum nih kita buat full time menjahitkan. Memang tak boleh nak go on kalau buat jahit semata-mata, rasa lemau badan dan semangat..haha

Lepas tuh kita decide nak kerja..dan Alhamdulillah dapat tempat kerja yang betul-betul dekat dengan rumah, tak sampai 5 minit pun jalan, itu pun kadang-kadang lewat jugak..yang best nya tempat kerja nya sambil santai-santai je. Takdelah tekanan sangat.

Sebab tu kita masih ambil tempahan jahit, kita panggil part time gituh..Ambil tempahan dalam kuantiti yang sedang-sedang saja. Menyibukkan diri. Harap dapatlah manage time kita ni betul-betul, biar tempahan laju je siap. Baru cust seronok kan..hihi doakan yg terbaik utk kita.

Assalamualaikum,

Salam mesra.


Thursday, 8 October 2015

Mesin Jahit Percuma

Biar betul, nak gempak jer tajuk kan...saja la tuh, nak tarik perhatian, betul ke tak tu..ekh ekh ekh konon-konon la kan..siyes tak tipu, alhamdulillah nisa dah dapat da pun..

sebelum tu Assalamualaikum,

Betul ke nisa ni, mesin jahit bukan murah ooo...ribu riban harga, lagi-lagi mesin jahit industri. Yup, nisa tak tipu bukan 1 mesin je nisa dapat, barang-barang jahitan lain pun nisa dapat juga. Macam mana dapat? semuanya bermula lepas nisa masuk Giatmara <-- pos lepas pasal giatmara

Macam yang nisa cakap dalam pos giatmara , ada program inkubator selepas 6 bulan menghadiri kursus giatmara, untuk masuk program inkubator pelajar perlu hadiri kursus PUTEK yang diadakan selama 10 hari,  sepanjang kursus PUTEK atau Program Usahawan Teknikal , pelajar akan didedahkan dengan keperluan-keperluan asas sebagai usahawan, pelajar akan dibimbing untuk membuat RP atau Rancangan Perniagaan yang sebenar.

Dengan menghadiri kursus PUTEK, setiap pelajar akan diberi RM10,000 oleh giatmara. RM5,000 akan digunakan untuk sepanjang kursus, contoh seperti tempat penginapan dan makan sepanjang kursus. RM5,000 lagi akan diberi kepada pelajar bukan by cash. Pelajar dikehendaki menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli untuk mulakan perniagaan, contoh, pelajar jahitan sediakan jenis mesin dan jenama yang hendak dibeli, kalau pelajar masakan nak beli oven ke dan macam-macam lagi dalam harga +- RM4,000 dan selebihnya boleh digunakan sebagai modal perniagaan. Contohnya, macam nisa, nisa beli 1 mesin jahit tepi industri, 1 mesin jahit portable, cuttinng machine dan iron steam, semua dalam 4 ribu lebih, kawan nisa beli 1 mesin jahit lurus industri dan 1 mesin mesin jahit tepi industri. Terpulang pada keperluan masing-masing.



Lepas sediakan senarai barangan yang kita nak, boleh beri pada cikgu giatmara yang menguruskan,  cara mungkin berlainan sikit dari nisa, semuanya bergantung pada cikgu yang menguruskan.

Tengok, kan nisa dah cakap, nisa tak tipu, memang nisa dapat mesin percuma...cumanya lepas dapat barangan setiap bulan kita kena buat report yang kita ada ambil tempahan dan sebagainya, itu sahaja. Mudahkan.

Tak rugi pun siapa nak mencuba, kursus  PUTEK ni diadakan sebanyak 3 kali setahun, setiap sesi hanya ada 30 student je. Sbb tu, habis giatmara cepat-cepat isi borang, tanya awal-awal kt cikgu giatmara, kalau cepat boleh la pergi awal, kalau lambat, kenalah tunggu dalam senarai pelajar-pelajar yang menunggu.

Jadinya try ur best ye masing-masing!

Itu saja perkongsian kali ini,

syukran,

Assalamualaikum, daa~


Friday, 20 February 2015

Jahit Tepi Tudung Kelim

Siap tempahan dari kawan-kawan untuk jahit tepi tudung, kalau kat rumah dapat buat jahit kelim je ... tapi, favourite jugak pakai jahit tepi kelim nih sebab senang nak bentuk tudung ... kelim tuh jahit 2 kali. caranya jahit sekali pusingan, lepas tuh snip sampai kemas, lepas tuh lipat lagi skali jahit dan siap. 


contoh yang dah siap pakai.








Wednesday, 18 February 2015

Jahit Bow Kucing

Kucing sememangnya dilahirkan dengan corak yang pelbagai, kalau tak pakai baju atau aksesori pun dah terserlah kecomelan, keanggunan dan ketampanan mereka. 


Tapi masih, disebabkan manusia yang mempunyai minat, kucing-kucing disediakan dengan pelbagai pakaian dan segala macam aksesori yang seangkatan dengannya. Bila pakaikan kat kucing bertambah-tambah comel lah pulak, terserlah keanggunan dan ketampanan mereka.

Tapi masih lagi, manusia yang punya minat kucing yang menjadi mangsa...ada kucing yang redho je, kalau macam tu takpe lah senang citer...tapi macam mana pula kalau kucing yang jenis memberontak, janganlah dipaksa buat rosak barang je kalau kucing tu kerjakan nanti. 

Sebenarnya, saya dah penah cuba kat kucing-kucing saya. Tapi disebabkan kucing-kucing saya jenis yang jaga maruah dan egonya sebagai seekor kucing, habis dorang kerjakan rantai kucing berloceng yang adik saya belikan dulu. Sejak tuh dah tak pernah pakaikan kucing apa-apa.

Tapi sejak-sejak belajar jahit, pernah sekali saya nak habiskan masa yang terluang ni, jumpa kain perca...tak tau nak buat apa, last-last terfikir nak buat bow kucing...anak-anak kucing pun dah membesar, apasalahnya kalau kita cuba try test kan. 

Akhirnya siap satu, tali bow diletak lapik pengeras, disambungan dengan getah dan butang katip je. Sorry gambar jelas bow tak sempat nak amik . Ni gamba kucing betina saya yang namanya "kakak" yang pakai. Nak pulak si kakak ni pakai. Ikutkan kakak ni yang paling garang, tapi bab nak cantik-cantik dia num 1, kucing tina kate kn... hehe

0keys..Assalamualaikum!


Gaya duduk fav kakak

Belajar Jahit Manik

Bulan-bulan yang sibuk...buat masa ni kerja di butik Amin Johary, belajar jahit manik... best sangat sbb memang dari dulu teringin nk belajar jahit manik, dulu mmg penah cuba-cuba buat sendiri...tapi entah apa-apa je yang jadi.. huhu kalau nak harap kan belajar sendiri mmg ke laut lah jadi nya. Sebab tu bagi saya orang yang jenis belajar sendiri jadi ni, mmg dorg power giler...hehe bagi 4 bintang dari 5. Sebenarnya tips nya jangan mudah putus asa je ... je ... 

Tapi jugak kalau otak jenis berangan ke lain je, mmg ke laut lagi lah kan...

Alhamdulillah sekarang ni boleh lah jugak nk menjahit manik tuh, kalau dulu langsung tak faham, nak buat corak apa, sesuai ke idok, nampak mahal ke murah...walaupun kenyataannya jahit manik ni banyak pada try and error je, yang penting rajin lah kan, kalau tak sesuai bukak balik, cuba cara lain pulak dan macam tu lah seterusnya...sampailah dapat hasil yang memuaskan. 

Lagi satu, selain rajin kena ada minat jugak...selalunya dengan minat tu lah yang buatkn semangat kita berkobar-kobar...gituh~

Kalau yang baru-baru nak belajar eloklah mulakan jahit manik simple je atas sehelai kain, mcm gambar cth, kalau dah biasa macam tu boleh lah start yang susah-susah sikit...tapi kalau awak kreatif pilih gabungan manik, dengan cara mudah pun dah boleh jadikan manik tuh nampak cantik dan mahal...

orite, selamat mencuba!

Assalamualaikum.


Gambar contoh.




   



Saturday, 6 December 2014

Cara Buat Apron Jepun dan Percuma Pola

Di sini saya akan tunjukkan cara buat apron versi jepun. Tau tak apron versi jepun tuh yang jenis macam mana? sebenarnya banyak sangat !! Yang saya tunjuk ni hanyalah salah satu darinya. Cara buat dia sangatlah mudah, sebab apa? sebab tuan punya yang mengajar nih sangatlah tak kedekut ilmu, walaupun saya tak kenal dia, berkat ilmu yang dikongsi buatkan saya paham dan dapat menghasilkan apron yang sebijik sebanyak-banyaknya ... 

Semuanya bermula dari hari usahawan giatmara sesi 2/2014 , kitorang dikehendaki untuk membuat jualan pada hari tersebut, saya punyalah semangat cakap nak buat apron, bukan untuk dijual tapi untuk kawan-kawan pakai, maklumlah ada pertandingan kedai tercantik semua ... 

Search punya search jumpalah tutorial apron jepun nih ...

Ini contoh apron yang saya buat ...




Comey dok? huhu comey kan ... alah gambar time pakai takde pulop dlm laptop ni nak letak, korang tengok kat contoh yang dia bagi je ekk ! ><

Sebelum jahit korang tengok dulu video cara-cara buat apron jepun ni, 



Ini contoh tutorial yang akan dia bagi,


Contoh pola kanak-kanak


Contoh pola dewasa


senangkan? lepas download je pola, korang print semua, lepas tuh sambung-sambungkan, macam sambung puzzle, korang solatape, gunting ... ta-da siap pola korang, lepas tuh potong kain macam dalam tutorial, kalau nak tambah apa-apa pandai-pandai korang lah ... nak tambah poket ke, riben ke, lace ke, ekh suka hati korang lah ...

sampai sini perkongsian dari saya, moga kamu semua dapat manfaat dan memanfaatkan ilmu nih :D
daa~

where is my passion

Rindu nak lukis banyak-banyak, lepas tuh nak mixed together mcm nih ... semenjak nih passion melukis kurang tak macam dulu ... tapi takpelah boleh fokus kt benda lain, mungkin ... sebenarnya terasa macam nk buat sesuatu yang baru, nak improve skill melukis mungkin, tapi mungkin akan ambil masa sebab perlu cuba banyak perkara ...banyak betul mungkinnya hooii ... huhu 


kadang-kadang terasa yup saya boleh melukis, tak hebat tapi bolehlah untuk rasa sedikit puas ... tapi, lepas tuh apa? so what dengan lukisan-lukisan nih :( 

Saturday, 29 November 2014

saantai



ahaha, kartun pun nk pakai contact lens ke >< 
x comey dahhh...
tapi, itu mungkin realiti manusia :P



Senyuman Yang Kembali

Seperti terjaga dari tidur yang panjang..

Setelah melihat diri sendiri yang dulu tersenyum manis bak bunga mekar di taman, bagai satu kejutan, seolah aku pernah terlupa cara untuk tersenyum.. kenangan lalu telah mencuri senyuman aku, malah kadang-kadang terasa takut untuk tersenyum lagi, takut senyuman itu kelak akan dirampas, dirobek-robek dengan rakus.

Aku teringat ianya sangat sakit dahulu.




Tapi aku tak layak mengadu setelah melihat, ramai yang lebih sakit dari aku ... jadi aku pendamkan sahaja, menangis sendiri berhari-hari, berulang-ulang keesokan hari tiada siapa tahu, sikit-sikit merampas senyuman ikhlas aku. Kadang-kadang sehingga terasa seperti jasad yang bergerak ini tidak bernyawa, hanyalah patung yang dikawal mengikut kehendak sekeliling. aku paksa bangun.

Sering berbisik-bisik menasihati diri sendiri berulang-ulang, walau susah ditelan..

"hey, setiap yang berlaku pasti ada hikmah"

"whatever happens life must go on"

"akan sampai waktu tu, kau akan tersenyum kembali"

yang paling penting...

"Allah ada, melihat aku, menjaga aku, bersama aku, aku hidup kerana Allah s.w.t , bukan kerana manusia"

"biar orang buat kita, jangan kita buat orang..kalau tak kita sama saja dgn org y buat kita"

dan banyak lagi...

Itulah antara nasihat-nasihat yang sering berulang aku menasihati diri sendiri, 

masa pun berlalu ... kesakitan kadang-kadang masih berbekas, tapi alhamdulillah aku dapat melupakannya, hanya kadang-kadang sahaja aku terkenang.





Hari ini aku disini, tak sama dengan aku yang dulu ... mata aku lebih terbuka luas , bila aku melihat seribu cerita bermain di fikiranku... aku dengan semangat baru dan aku bersyukur dengan orang keliling aku.

Ya, memang penuh hikmah ujian yang diberiNya. 

Bersabarlah, saat kemenangan itu akan tiba & aku harapkan kemenangan didunia & diakhirat kelak .
Semoga kita semua akan mendapat kemenangan yang kekal disana.

Senyumlah, jangan rugikan hari tanpa senyumanmu hanya kerana dunia.sekian. (^^)




Naruto Ending

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...


Soalan : Siapa yang layan anime naruto?

Saya..saya! sayalah..hewhew rasa macam nk bagi kaki tak, bagi arr .. bagi arr !! tumbok kang, tumbok kang!! ekh eh xde r , mane ade .. nak citer ni, dengar rrr...



Hah, kepada peminat-peminat atau yang melayan cerita naruto secara sikit-sikit atau secara penuh, untuk penghetahuan semua cerita ending naruto untuk siri komik telah pun dikeluarkan. Ending dia memang sangat tak dijangkakan. Setelah dikeluarkan dalam beberapa hari, ramailah peminat-peminat tegar naruto yang bagi pelbagai komen dan pendapat, ada yang puas hati, ade yang nk mengamuk sbb ending tak macam yang dia nak. 

Tapi, bagi pendapat saya pulak, saya suka sangat-sangat ending dia, tapi terlalu ringkas dan macam kelam kabut sikit, mungkin sbb lukisan komik, so, macam tak berapa jelas & serabut. 

Apa yang best pasal ending dia, mestilah sbb happy ending untuk sakura & sasuke ... my favourite animasi character dari dulu kt mana-mana cerita pun, asal ada nama sakura ... wahhh!! rasa macam saya sendiri lak yang bercinta, mane tak nye... sebelum ni kan sasuke jadi jahat, tambah pulak ada member cerita, penulis cerita buat announcmnt akan ada watak utama yg akan dimatikan, so, rasa berdebar-debar nak tau ending dia,bile da ending dia tu mula-mula rasa malas nak tengok pun ada.. tapi, bila tengok mmg x dijangkakan.

Lagi perangai sasuke yg tak pernah nak cakap pasal hal cinta, yg selalu dingin je, pastu dendam tak habis, tiba-tiba lak nak sweet-sweet ngan sakura kt last chapter, macam kambing gua sengih-sengih sorang-sorang time baca part tu .. hahaha ...



Saya mmg layan sangat tengok cerita ni, sbb cerita ni saya layan sejak sekolah, lama sangat tak habis-habis, lepas tu stop kejap masuk asrama, sambung belajar pulak, last-last time saya dok umah dulu sbb excident, time tu saya marathon cerita ni balik, cerita ni pun dorg buat selama 15 tahun, lame giler tuh & mmg berzaman nak habiskan.. watak cerita naruto tu membesar, dengan saya-saya membesar...kira melekat jugak cerita tu dalam hati ni, lagi-lagi cerita ni ada jugak pengajaran & banyak isi-isi tersirat..

Sebab tu bila dah habis terasa macam...akhirnya habis jugak ko...haha xde rrr tapi best jugok!


orite, apa-apa pun happy ending for naruto & naruto fan (^^,)




Monday, 1 September 2014

GIATMARA !!?

Assalamualaikum & Selamat sejahtera...


Alhamdulillah, dah hampir 6 bulan pun saya mengikuti pembelajaran di giatmara dalam bidang jahitan. Dulu, time mula-mula masuk kelam kabut je sbb tiba-tiba dapat call dari kawan ajak masuk, susah jugak nak buat keputusan time tu sbb dah ada rancangan nak sambung belajar. Tapi, fikir punye fikir..apa salahnya sebab kemahiran saya boleh guna sampai bila-bila.




Dan akhirnya apa yang saya dapat, bessstttt sangat !!

Dapat belajar jahit baju sendiri, mmg best sbb kalau saya sendiri-sendiri belajar mmg kelaut la agaknya. Then dapat cikgu-cikgu yang tak kedekut ilmu...habis je satu modul, kitorang dapat buat kerja haram..contohnya belajar buat blouse, jubah & lain-lain yang tak ada dalam modul..

Lagi yang best kawan-kawan, mmg happening habisss, masuk kelas tak pernah senyap kecuali bila nak start siapkan modul, bagus dorang ni time kerja suma fokus siapkan kerja, time siap kerja masing-masing mulot macam ributt petir...lagi-lagi kalau bab keluar perangai pelik-pelik . 




Best jugak dorang ni sbb masing-masing boleh diharap & bekerjasama, biar orang mengata, mencemuh, kedengki dgn kami semua, kami tau apa kami buat ... zaman sekarang ni ada jugak org pandang serong budak-budak giatmara ni tempat budak-budak taknak belajar je, sangat la small minded. Ade ke fikir macam tu tahu tak siapa je yang masuk giatmara ni, selain budak lepasan spm, budak yang pilih jurusan menjahit, ade jugak yang ada diploma, degree dan banyak lagi, ada jugak yang mmg usahawan yang nak menajamkan skill-skill mereka, selain tu warga-warga pencen boleh jugak nak join, kalau dok umah bosan, atleast belajar jahit ada jugak kerja nak buat kan..

Kenapa giatmara?

Pernah tak korang pergi kursus menjahit yang berbayar, biasanya berapa korang kena bayar?
 beratus kan, itupun untuk sepasang baju, tak tentu korang dapat..lagi-lagi yang langsung takde basic menjahit. Kalau giatmara pulak berapa kena bayar, dalam seratus lebih sekali waktu daftar je, itu pun duit tu untuk baju and urusan file-file korang, dan selama 6 bulan takyah bayar apa-apa dan pulak korang akan diberi duit elaun setiap bulan sebanyak RM200. 




Sangat berbaloikan ! dah habis 6 bulan nanti bukan je korang dah dapat pelbagai ilmu, korang jugak akan dihantar ke kursus usahawan, bagi yang nak mulakan terus berniaga, boleh terus masuk kursus inkubator. Apa itu inkubator? inkubator ni sebagai langkah permulaan usahawan, korang boleh ambil tempahan selama 6 bulan di bawah bimbingan cikgu, boleh jugak daftar inkubator buat berniaga sendiri dirumah, tetapi dengan syarat sediakan report pada waktu yang ditentukan. Atau boleh buat practical di mana-mana butik.

Kursus inkubator,
Daftar je selepas tamat belajar 6 bulan, peserta akan dihantar sikit-sikit dan sesiapa yang terpilih akan dihantar kursus selama 10 hari, peserta yang dah tamatkan kursus ini akan diberi RM10000+- oleh mara, dgn duit ini peserta dikehendaki membeli barang-barang untuk mula berniaga, cth kalau pelajar jahitan, mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, cth pelajar masakan oven dan sebagainya. (saya masih kurang jelas hal ni,tapi lebih kurang)




Sebab tu sesiapa yang mmg berminat serius nak mulakan bidang perniagaan,  masuk giatmara ni pun sangat-sangat berbaloi tau, dan mmg dah banyak pun pelajar-pelajar giatmara yang dah mengharumkan nama giatmara. Antaranya sebulan lepas atau dua bulan lepas, pelajar giatmara sarawak dapat pingat emas dalam pertandingan kemahiran asia di hanoi, vietnam dan tahun hadapan pulak mereka akan dihantar di pertandingan kemahiran dunia di Sao Paolo, Brazil . Hebat dok!!

Kesimpulannya, dekat mana pun kita belajar, yang penting ada minat dan bersungguh-sunguh..insyaAllah usaha tu akan terbalas, kalau betul nak belajar dekat mana-mana pun boleh belajar, kalau taknak belajar hantarlah, bayarlah dekat university terkenal dunia mana pun, hasilnya hambar jugak.

Dan giatmara ni bagi saya adalah salah satu alternatif permulaan keusahawanan  untuk warga bumiputra malaysia yang tidak patut diabaikan, jadi gunalah peluang yang ada sebaiknya.

Untuk masuk giatmara boleh search di laman web giatmara, bidang yang anda minat dan kawasan yang berhampiran, pendaftaran giatmara ialah sebanyak dua sesi setahun, bulan 1 dan 7 , kalau minat daftar awal-awal sebab ada tempat yang cepat penuh, kemudian perlu hadiri sesi temuduga ringkas.


Itu sahaja buat kali ini, semoga kamu semua dapat maklumat yang manfaat & berguna dari saya.


(^^)





Friday, 22 August 2014

Kelas Website Murah

Pernah tak kamu terfikir untuk lebih serius belajar mengenai website? Selama ni memang hanya suka-suka main blog, update sana sini. Orang buat macam ni macam tu, kita pun tiru, bila tanya tips dia pun sebenarnya tak paham apa dia buat atau mungkin dia terangkan kita yang tak berapa paham. Lagi-lagi yang langsung takde basic IT ni atau yang baru berjinak-jinak dengan blog/website.

Tapi lepas tu pula tengok kawan-kawan sambil berblogger sambil buat income. Tengok dia masyuk je kan, tapi cuba kalau kita sendiri pula buat, apa pun tak jadi. Bukan takat tak jual barang, orang nak lawat blog pun takde. Aduiii sedihnya macam tu kan, padahal kita dah cuba macam-macam yang orang bagi tips, tapi masih tak jadi dan tak paham kenapa. 

Sudah tentu untuk berjaya kita kenalah menimba ilmu bukan. Oleh itu, di sini saya nak mengenalkan sebuah website yang sangat berinformasi dan padat iaitu Le Harmonie Studio, owner dia yang di kenali sebagai Wan Syafiq sangatlah tidak kedekut ilmu, bagi tips yang sangat jelas dan siap menyediakan platform mudah untuk sesiapa sahaja belajar website. Paling penting percuma pulak tuh, mana nak cari.

Le Harmonie studio, bukan sahaja menyediakan cara-cara untuk buat website dari permulaan asas. Tetapi, turut menyediakan cara-cara menaikkan rating SEO yang mudah, dan juga cara-cara mengambil/mengedit atau meletakkan gambar-gambar yang akan menjadi salah satu daya tarikan sesebuah website.

Untuk pengetahuan kamu, biasanya untuk menghadiri kelas-kelas website boleh mencecah sehingga ribu-ribu ringgit, itupun tidak tentu lengkap pengisiannya, duit habis ilmu kemana, rugi dan tak best sangat macam tu kan. Sangat tidak berbaloi.

Tetapi, di Le Harmonie Studio pula, sebelum masuk ke kelas, kamu semua boleh study dulu segala tips yang telah disediakan di website owner, supaya nanti bila masuk kelas takdelah terkejut atau blurr-blurr pulak nanti kan. Yang penting harganya sangat berpatutan, domain name, platform semua disediakan. Boleh buat website berniaga atau syarikat dan sebagainya, mengikut kehendak pengguna.

Di sini Le Harmonie Studio menawarkan bagi yang berminat untuk belajar dan buat website sendiri atau menaikkan rating website yang sedia ada, boleh lah menghadiri kelas-kelas yang akan bermula pada bulan september ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kelas, boleh email ke mijie.ai@gmail.com atau wassup ke 0182294161 atau boleh terus bertanya kepada En. Wan Syafiq, segala maklumat boleh dijumpai di website Le Harmonie Studio.

Assalamualaikum,
& Salam Sejahtera.








santai

Bulan-bulan yang sangat-sangat la sibuk, terlalu banyak cerita-cerita, teringin jugak nak update cerita. Tapi-tapi dengan keadaan yang sibuk, penat, laptop kasi adik pinjam, terpaksa la pendam dulu .. -.- 

Melukis?! lagi lah .. lamanya tinggal .. sebulan je kot ! tapi terasa lama .. adoii ~~

Tapi best nya .. banyak yang best !! haha 

o.k nanti pelan-pelan update (^^)

nak selesaikan mana perlu dulu ye, 

Salam,

SYS


Saturday, 24 May 2014

doodle percuma

Assalamualaikum hari ni niesa nak letak sini koleksi baru artwork niesa .. artwork kali ni sebenarnya tujuannya nak buat untuk kawan-kawan niesa sendiri .. tapi asyik lukis-lukis still tak puas hati .. walaupun gambar o.k tapi rasa macam tak sesuai untuk kawan nih .. bila dah pilih lukisan pulak, lepas dah buat digital art, tak puas hati kt situ pulak .. rasa tak kena & sesuai nak bagi kawan tuh .. haa nampak mengada-ngada kt situ kn .. orite ini dia, tapi satu jenis je lah ..  and yg doodle artline tuh bagi sesiapa nak guna edit, buat lah kamu .. tapi lagi best kalau korang tagged balik, kalau tak pun takpe la .. huhu daa!








Tuesday, 13 May 2014

Brook - One Piece

Assalamualaikum

Entah kenapa hari ni dah berapa kali asik ternyanyi lagu dalam cerita animasi one piece, lagu yang dinyanyikan oleh watak Brook salah satu crew kapal one piece nih .. korang kenal tak siapa Brook nih .. haaa meh sini tengok ...






inilah dia si Brook tulang hidup yang suka menyanyi, tak padan ngan tulang miang tu ada lagi .. 
lepas tuh suka gelak yohohohohoho

-----------------------------------------------

Teringat dulu start kenal one piece melalui komik, sbb abang yg rajin beli, saya tumpang baca jeh .. sebab saya jenis baca je semua buku yg ada kat rumah tuh .. 
lepas tuh bila dah baca nak baca lagi .. sejak tu jadi peminat cerita  one piece ..
dulu start  suka cerita ni sbb jalan cerita dia selalu masuk elemen kelakar-kelakar dan mmg dulu kalau baca selalu gelak sorang-sorang .. sampai kena tegur .. hehe
dah mmg kelakar kan gelak lah ..
orang kata kadang-kadang buku-buku mcm ni boleh jugak hilang stress kan ..

orite ini lagu dari Brook si tulang nih ^^


lagu ni ialah lagu kenangan Brooke dgn crew kapal lama dia .. sorang-sorang kawan kapal dia mati sbb kena racun .. disebabkan dorang tau dorang nak mati .. dorang pun buat permintaan utk nyanyi lagu terakhir .. last sekali Brooke je yang hidup sebab dia termakan devil fruit .


sekian cerita animasi dari niesah . huhu .

Segmen Blogger Aktif


Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3


klik banner untuk join the community :D 

good luck !


Friday, 9 May 2014

Segmen Bloglist May - Aug 2014 by Sh.Amarina

Assalamualaikum, Hii !! Hari ni hari yang mood sangat baik, jalan mana-mana nak senyum jeh, buat kerja sambil nyanyi-nyanyi dan terjumpa segmen bloglist ni pon rasa nak join jeh .. ehehehe konon-konon je tuh .. 
tapi apa pun siapa yang berminat jom lah lagi memeriahkan segmen bloglist dari blogger Sh.Amarina nih, untuk tahu lebih lanjut tekan sahaja banner dibawah




sekian dari sebukumemori.

Thursday, 8 May 2014

Art Trade bersama Miss Kepeng Reply

Hi Assalamualaikum,

Niesa dah dapat reply dari Miss Kepeng pasal art-trade .. hehe comel jeh ! ade pulak miss kepeng ni cakap dia  lukis macam tangan kudung, hehe biasalah seni kan lain-lain gayanya .. ngeee~~  apa-apa pun thank you so much miss kepeng .. lain kali boleh buat lagi ..ekh (^^) why not kan..


Atas ni doodle dari Miss Kepeng kpd Niesa




Sunday, 27 April 2014

Art-Trade with Budoxesquire

Hai Assalamualaikum,


Hari ni niesa nak update pasal art-trade lagi dan kali ni dengan Budoxesquire , mulanya niesa saja search pasal art trade and terjumpa lah blog budoxe nih .. padahal, sebenarnya da follow kt blog budoxe nih dah lame dah,huhu cuma niesa ni je yg tak perasan pasal art trade tuh (my bad my bad) bak kata omputeh.. o.k apa-apa pun bawah ni art trade niesa and budoxe, 


dari budoxe kpd niesa, o.k niesa mmg suka lukisan ni ayu-ayu gitu kn mcm niesa tak?hehe

dari niesa kpd budoxe, mcm biasa cara niesa buat .. lakar kt kertas, pekatkn pakai pen, kemudian amik gmba letak kt comp., guna software paint tool sai and adobe photoshop .
ada mcm cara-cara buat kuih tak? :P

Hehe orite daa slm.