Assalamualaikum,
Kisah pasal Mr.F yg tak habis .. dari dulu cakap nak sambung, tapi tak sambung .. bukan taknak sambung, sebab ceritanya sejak tuh tak pernah bersambung lagi, walau masih menunggu .. 4 tahun dah pun berlalu .. cerita dan perasaan semakin pudar .. kadang-kadang kenangan masih menerpa di sanubari, sy tersenyum seketika .. kadang-kadang sy terlupa terus seolah tiada apa yang pernah terjadi dulu, seolah dahulu sy tak pernah sakit disebabkan ini .. betul kata pepatah "hanya masa dapat menyembuhkan hati yang dilukai" .. tapi terpulang pada diri sendiri nak anggap ini suatu musibah atau suatu kebaikan, bagi sy, sy menganggapnya suatu ujian yang membawa kebaikan .. disebabkan perkara ini sy telah belajar banyak perkara .. perkara mengenai kehidupan .. tahulah saya cinta bukan segala-galanya .. mmg di zaman remaja sy sana sini org bercakap tentang cinta, sanggup berkorban kerna cinta, sanggup mati kerna cinta, siapa mempunyai cinta dialah yang paling bangga, dialah yang paling class .. akhirnya yang ada cinta yg tak kesampaian, cinta yang hanya angan-angan kosong .. banyak org yang hanyut dek cinta, bukan cinta yang benar, tapi cinta yang ditipu nafsu .. ramai juga yang masih tak dapat membezakan antara cinta dan nafsu .. semua mengharapkan kisah cinta seperti filem sekian-sekian, seperti kisah sekian-sekian .. akhirnya sendiri kecewa sebab hidup ini bukannya berjalan mengikut percaturan kita sendiri ..
Tapi, cinta itu tetap wujud .. di satu tahap kita pasti akan tercari cinta yg tulus suci .. kadang-kadang terlintas difikiran, macam mana nak tahu samada cinta kita benar-benar cinta atau sebaliknya, kadang-kadang kita berusaha untuk menjadikan cinta itu cinta suci, tapi masih tanpa kita sedar yang hawa nafsu sentiasa menemani kita.
Dan pada satu tahap saya terbaca tentang cinta Ilahi "letakkan cinta Allah yang pertama, kita akan menemui cinta sejati" , mulanya susah jgk nak hadam, sekarang pun masih dalam proses memahami .. aah mungkin sy paham, tapi tak reti nak jelaskan .. tapi inilah juga nasihat sy pada yg masih mencari cinta, yg cuba memahami cinta, letakkn cinta Allah num satu di hati, dlm masa sama belajar dgn keadaan keliling .. janganlah kamu malu dgn status single, jgn pula kamu iri hati dgn mereka yg bercouple .. bercouple bkn sesuatu yg patut dibanggakan, kalau pun mengikut syariat islam, masih banyak yg perlu dijaga .. persolannya, mampukah kamu bercouple mengikut syariat islam? yg sy tahu jgn mendekati zina, bukan couple tu salah satu cabangnya? tepuk dada tanya hati .
Sampai satu tahap lagi sy terbaca tentang mujahid dan mujahidah Allahyarham Ahmad Ammar bin Azam dan Allahyarhamah Siti Hajar binti Ahmad Sabir , aah rasa bagai satu tamparan .. barulah sendiri terasa diri ni, tak sangka sehabis remaja sy, banyak habiskan merisaukan tentang cinta sahaja .. barulah terasa diri ni mcm .. apa sy buat selama hidup saya .. aargh!
Bagi yang masih tak paham, tahulah satu tahap korang pun akan melalui fasa-fasa memahami cinta yang sy alami,mungkin berbeza sikit .. asalkan kamu mencari cinta Ilahi, jgn tipu dgn diri sendiri, semua org pasti akan merasa sakit dan susah.. disaat itu barulah kamu tahu, siapa setia bersama kamu, ada satu masa kamu akan ditinggalkan keseorangan, kamu dah tak berdaya meraih sokongan orang keliling kamu, walaupun mereka didepan mata .. saat itu tahulah hanya Allah yg setia bersama kamu dan hanya Allah yang mampu mendengar segala rintihan dan yang paling memahami kamu.
Saya bercakap tentang cinta bukan sebab sy pakar tentang cinta, sy bercakap tentang agama bukan sebab sy pakar tentang agama. Sy bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, tak banyak pun .. sy cuma harap sikit-sikit dapat beri inspirasi pada yg lain, pada si pencari cinta, pada si pengubat hati mungkin atau pada sesiapa yg sedang cuba memahami cinta.
Cinta bukanlah segala-galanya untuk kita hidup didunia ini, ada orang mati tanpa berjodoh .. tapi mati itu pasti . Kecualilah sekiranya mungkin kamu boleh meletakkan cinta Allah lah segala-galanya bagi kamu, itu yang terbaikkan (^^)
k daa~~ Slm
Sunday, 2 March 2014
Saturday, 1 March 2014
kucing ekor kontot
Tadi tengah-tengah sy syiok scroll timeline facebook tiba-tiba jumpa gamba pasal kucing, disebabkan sy peminat dan pembela kucing, sy pun usha-usha lah sambil baca komen..
tengah-tengah baca terjumpa satu komen pasal kucing kontot , terbayang-bayang dua ekor kucing kontot yang kt umah tu.. semua sekali ada 9 ekor, tp bayang yg kontot je..
lepas baca ni gelak mcm nk nangis..hahaha, kesian kontot ada ke dia suruh selotap ngan bulu ayam..cuba bayangkan, bayangkanlaahhh~~~
haha k daa~ slm
Friday, 28 February 2014
my artwork2
Hi Assalamualaikum
hari ni takyah nak banyak citer, sy tunjuk je artwork terbaru ye :D
hari ni takyah nak banyak citer, sy tunjuk je artwork terbaru ye :D
Lukisan first nih, sebenarnya nak testing oil pastel baru je, start dr lukis bunga,lepas tuh tambah lagi smpai penuh, lps tuh dtg idea buat dahan & last sekali background hentam je la biru, nak jadi air boleh,nak jadi langit pun boleh :D
Yang ni takde ilham mana pun, mmg tabiat sy, bila rasa nak lukis tp takde idea, lakar-lakar je, lps tu kalau d jadi apa-apa pekatkan line dgn pen, lepas tu colorkan je..
cuba korang zoom in gambar nih kt bhgn mata, anak mata dia warna kuning pink..hehe
Lukisan nih berangan sangat kan.. hehe tak tau lah..lukis-lukis, tiba-tiba dah jadi nih :D *takyah nak tiba-tiba sngt lah kn
Dari lukisan ni kebawah sama je lukisan nya dgn yg atas :)
orite daa~ slm
Subscribe to:
Posts (Atom)







