Berapa tahun yang berlalu, macam-macam yang terjadi..ada yang sempat dicoretkan dalam buku memori ada yang hanya tersimpan rapi dalam ingatan, dan mungkin ada yang dilupakn begitu sahaja.
Sehingga hari ini, dari hati yang keanak-anakkan dan ceria, ke hati yang terluka dan kemudiannya kosong..hinggalah kini kembali ke hati yang rapuh tetapi makin bersinar mengutip sisa-sisa cebisan kerinduan dan kegembiraan untuk menjadikan kembali hati yang keriangan malah lebih kuat dan kukuh. Semuanya kerana untuk saya menjadi seseorang.
Seseorang yang berguna mengikut Agama!
Segala kenangan seolah diflashback di depan mata..masih merindu, tapi cekalkan hati..saya bukan ego, tapi mahu menjadi tabah..walau jawapan masih belum kunjung tiba..mungkin hint sudah ada, cuma saya yang tidak memahami aturan dari Allah yang Maha Hebat...
Jangkaan diri saya tentang kebanyakannya semuanya meleset..
Saya jadi bingung, kiranya saya salah dalam kebanyakannyalah?! akhirnya saya reda, memang banyak benda yang tidak difahami..saya cuba mencari jawapan, tapi jalannya kadang-kadang tak mampu untuk dihadapi..saya hanya mampu buat muka yang seolah tidak menghirau atau risau tentangnya. Sedangkan hati ni tidak mampu..
Mungkin jawapan saya sudah ada, cuma saya yang masih buta untuk menilai atau memang ini ujian buat diri saya..
Akhirnya berserah hanya padaNya..
sebukumemori
Sunday, 17 September 2017
Friday, 26 May 2017
Kerja Part Time
Agaknya sekarang ni orang active lagi tak blog nih ye?
Lama nau tak active, kunun-kunun sibuk dan takde idea nak update ape..hari tuh sebelum-sebelum nih kita buat full time menjahitkan. Memang tak boleh nak go on kalau buat jahit semata-mata, rasa lemau badan dan semangat..haha
Lepas tuh kita decide nak kerja..dan Alhamdulillah dapat tempat kerja yang betul-betul dekat dengan rumah, tak sampai 5 minit pun jalan, itu pun kadang-kadang lewat jugak..yang best nya tempat kerja nya sambil santai-santai je. Takdelah tekanan sangat.
Sebab tu kita masih ambil tempahan jahit, kita panggil part time gituh..Ambil tempahan dalam kuantiti yang sedang-sedang saja. Menyibukkan diri. Harap dapatlah manage time kita ni betul-betul, biar tempahan laju je siap. Baru cust seronok kan..hihi doakan yg terbaik utk kita.
Assalamualaikum,
Salam mesra.
Thursday, 8 October 2015
Mesin Jahit Percuma
Biar betul, nak gempak jer tajuk kan...saja la tuh, nak tarik perhatian, betul ke tak tu..ekh ekh ekh konon-konon la kan..siyes tak tipu, alhamdulillah nisa dah dapat da pun..
sebelum tu Assalamualaikum,
Betul ke nisa ni, mesin jahit bukan murah ooo...ribu riban harga, lagi-lagi mesin jahit industri. Yup, nisa tak tipu bukan 1 mesin je nisa dapat, barang-barang jahitan lain pun nisa dapat juga. Macam mana dapat? semuanya bermula lepas nisa masuk Giatmara <-- pos lepas pasal giatmara
Macam yang nisa cakap dalam pos giatmara , ada program inkubator selepas 6 bulan menghadiri kursus giatmara, untuk masuk program inkubator pelajar perlu hadiri kursus PUTEK yang diadakan selama 10 hari, sepanjang kursus PUTEK atau Program Usahawan Teknikal , pelajar akan didedahkan dengan keperluan-keperluan asas sebagai usahawan, pelajar akan dibimbing untuk membuat RP atau Rancangan Perniagaan yang sebenar.
Dengan menghadiri kursus PUTEK, setiap pelajar akan diberi RM10,000 oleh giatmara. RM5,000 akan digunakan untuk sepanjang kursus, contoh seperti tempat penginapan dan makan sepanjang kursus. RM5,000 lagi akan diberi kepada pelajar bukan by cash. Pelajar dikehendaki menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli untuk mulakan perniagaan, contoh, pelajar jahitan sediakan jenis mesin dan jenama yang hendak dibeli, kalau pelajar masakan nak beli oven ke dan macam-macam lagi dalam harga +- RM4,000 dan selebihnya boleh digunakan sebagai modal perniagaan. Contohnya, macam nisa, nisa beli 1 mesin jahit tepi industri, 1 mesin jahit portable, cuttinng machine dan iron steam, semua dalam 4 ribu lebih, kawan nisa beli 1 mesin jahit lurus industri dan 1 mesin mesin jahit tepi industri. Terpulang pada keperluan masing-masing.
Lepas sediakan senarai barangan yang kita nak, boleh beri pada cikgu giatmara yang menguruskan, cara mungkin berlainan sikit dari nisa, semuanya bergantung pada cikgu yang menguruskan.
Tengok, kan nisa dah cakap, nisa tak tipu, memang nisa dapat mesin percuma...cumanya lepas dapat barangan setiap bulan kita kena buat report yang kita ada ambil tempahan dan sebagainya, itu sahaja. Mudahkan.
Tak rugi pun siapa nak mencuba, kursus PUTEK ni diadakan sebanyak 3 kali setahun, setiap sesi hanya ada 30 student je. Sbb tu, habis giatmara cepat-cepat isi borang, tanya awal-awal kt cikgu giatmara, kalau cepat boleh la pergi awal, kalau lambat, kenalah tunggu dalam senarai pelajar-pelajar yang menunggu.
Jadinya try ur best ye masing-masing!
Itu saja perkongsian kali ini,
syukran,
Assalamualaikum, daa~

Subscribe to:
Posts (Atom)